fbpx

Juara Olimpik kembali turun padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HODGKINSON

LONDON – Ratu 800 meter (m) Great Britain, Keely Hodgkinson akan kembali ke perlumbaan selepas berehat akibat kecederaan apabila turun beraksi pada London Athletics Meet yang dijadualkan berlangsung pada 19 Julai ini.

Atlet berusia 23 tahun itu sebelum ini terpaksa menarik diri daripada kejohanan Keely Classic di Birmingham pada Februari lalu susulan kecederaan hamstring.

Namun, juara Olimpik itu bakal membuat kemunculan semula di pentas yang cukup bermakna buatnya di Stadium London di mana dia pernah mencipta sejarah dengan mencatat masa satu minit 54.61 saat (s) tahun lalu sekali gus meletakkannya dalam senarai enam terpantas dunia.

Catatan luar biasa itu turut membuka laluan buat Hodgkinson meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024, menambah koleksi selepas memenangi perak ketika Olimpik Tokyo 2020.

“Saya masih ingat selepas perlumbaan tahun lepas, saya berfikir, adakah boleh untuk saya ulangi semua itu sekali lagi?

“Ia satu impian dapat berlumba di Stadium Olimpik dan saya begitu teruja untuk kembali supaya dapat melihat sejauh mana saya boleh pergi kali ini.

“Perlumbaan itu benar-benar menjadi titik tolak kepada kejayaan saya di Paris. Kini saya juara Olimpik dan satu perkara yang cukup luar biasa untuk disebut.

“Namun, saya masih belum meraih pingat emas (kejohanan) dunia, jadi saya mempunyai sasaran yang lebih besar musim panas ini,” katanya.

Menurutnya, sokongan padu peminat di London serta saingan daripada barisan pelari elit dunia akan menjadi persiapan terbaik menjelang Kejohanan Dunia di Tokyo akhir tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN