fbpx

Perang di ambang pengakhiran, Russia isytihar gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 2018 menunjukkan Putin bermesyuarat di bandar Saint Petersburg, Russia.- AFP

MOSCOW – Moscow mengisytiharkan gencatan senjata tiga hari di Ukraine yang akan bermula minggu depan.

Gencatan senjata itu akan bermula pada 8 Mei 2025 antara Russia dan Ukraine, dengan Presiden Vladimir Putin berkata, tenteranya akan bertindak balas terhadap sebarang bentuk pencabulan.

Penangguhan perang itu meliputi sambutan Hari Kemenangan Russia pada 9 Mei ini, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua.

“Russia percaya Ukraine perlu mematuhi gencatan senjata ini. Sekiranya berlaku pencabulan gencatan senjata oleh pihak Ukraine, tentera Russia akan melancarkan tondak balas efektif dan wajar,” kata Kremlin dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI