fbpx

Pemandu bantah jalan 4 bonggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat bonggol yang dibina di sebatang jalan pada jarak dekat. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan empat bonggol yang dibina pada jarak dekat di sebatang jalan di wilayah Jawa Tengah, Indonesia,  lapor portal berita NTV News semalam. 

Keempat-empat bonggol itu terletak di hadapan Pusat Pemerintah Klaten. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @areajogja menunjukkan sebuah lori muatan tong gas nyaris hilang kawalan selepas melalui bonggol-bonggol itu. 

Pelanggaran itu menyebabkan beberapa tong gas yang dibawa melambung ke udara dan hampir jatuh. 

Bahkan, kesemua bonggol itu dibina pada  jarak yang sangat rapat.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa bonggol tersebut dibina oleh penduduk tempatan yang tinggal di kawasan itu. 

“Meskipun tujuan pembinaan bonggol adalah untuk  mencegah kenderaan daripada melaju, ia mampu mencetuskan  kemalangan. 

“Kami telah mengerahkan jabatan berkaitan untuk merobohkan bonggol-bonggol itu,” tambah pihak berkuasa. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI