fbpx

7 lelaki Indonesia curi di pelantar minyak dijel sembilan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh lelaki Indonesia dipenjara sembilan bulan kerana mencuri di pelantar minyak di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tujuh lelaki warga Indonesia dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri kabel elektronik dan bateri solar di sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Terengganu dekat sini pada dua bulan lalu.

Majistret Iffah Nabihan Mohd. Ishak menjatuhkan hukuman demikian selepas kesemua tertuduh berusia 25 hingga 45 tahun membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tujuh lelaki tersebut ditahan di atas sebuah pelantar minyak pada kedudukan 76.9 batu nautika dari Kuala Terengganu pada pukul 12 tengah hari, 20 Februari lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mencuri dua set kabel dan empat unit bateri anggaran kerugian RM10,000 milik sebuah syarikat minyak dan gas tempatan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Akta Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Maritim Terengganu, Nik Mohd. Izwan Farid Md. Daud dan tujuh tertuduh warga Indonesia itu pula tidak diwakili peguam.

Kosmo! 23 Februari lalu melaporkan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan kegiatan menceroboh pelantar minyak untuk mencuri kabel elektronik dan bateri solar yang didalangi sindiket antarabangsa di perairan Kuala Terengganu dekat sini.

Pencerobohan pelantar minyak untuk mencuri kabel elektronik dan bateri solar tersebut merupakan kali keempat dilaporkan di perairan Terengganu sejak awal tahun ini melibatkan kerugian lebih jutaan ringgit ekoran gangguan operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI