SEPANG – Seorang lelaki warga Perancis dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pagi Khamis lalu.
Mangsa dikenali sebagai Moo Yong Keng, 76, kali terakhir dilihat di kawasan Aras 5, Balai Pelepasan KLIA pada pukul 9.51 pagi hari berkenaan.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, mangsa yang berketurunan Cina mempunyai ketinggian 172 sentimeter (cm), berkulit cerah dan beruban.
Beliau berkata, ketika kejadian, warga emas itu memakai baju T berwarna biru cerah dan jaket serta berseluar hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki asing itu diminta menghubungi Inspektor R. Puvanesan di talian 03-87768222,b010-4348173 atau 016-87768222. – KOSMO! ONLINE