fbpx

39 pelajar, kakitangan sekolah alami demam, batuk dan ruam selepas pulang kem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Kira-kira 39 pelajar tingkatan dua dan kakitangan sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Muda didakwa mengalami demam, batuk dan ruam pada badan setelah menjalani latihan di sebuah kem di Yan, dekat sini, baru-baru ini.

Mereka telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), dan Hospital Yan, dekat sini serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masih menyiasat kejadian tersebut termasuk di kem berkenaan.

“Semua pihak diminta agar sentiasa peka terhadap langkah pencegahan dan menjaga kebersihan persekitaran tempat kediaman dan tempat rekreasi bagi mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu mesej daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Yan yang sedang menjalankan siasatan mengenai satu kluster penyakit berjangkit yang dikaitkan dengan sebuah kem di Yan.

Melalui mesej itu, pejabat kesihatan tersebut meminta semua pegawai perubatan klinik kesihatan, Hospital Yan dan Klinik Pergigian Daerah Yan mengambil tindakan ‘menotifikasi’ dengan serta-merta mana-mana pesakit yang mempunyai gejala seperti demam, ruam, gelembung kulit, batuk, selesema, muntah atau cirit-birit.

Ia terutama kepada orang awam yang pernah mengunjungi, bermalam atau menyertai aktiviti di kem berkenaan pada atau selepas tarikh 4 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI