fbpx
ORANG ramai terutama selebriti seharusnya berhati-hati ketika menggunakan media sosial terutamanya ketika bercerita mengenai orang lain. Gambar hiasan

Semoga aib kita tidak ‘ditelanjangkan’ dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dunia hiburan tanah air kebelakangan ini ‘terduduk’ dengan banyak kisah duka lara merangkumi perceraian, perang mulut dan pembongkaran aib sesama sendiri yang sangat menyedihkan.

Dalam dunia serba moden dengan bermacam-macam platform media sosial, ramai manusia terutama golongan popular (dibaca: selebriti) ibaratnya dengan sewenang-wenangnya bukan sahaja membuka air diri sendiri, bahkan orang-orang sekeliling.

Mereka orang yang ada pengaruh dan ‘big following’. Sudah tentu apa yang ditindak-tandukkan dalam media sosial mudah merangsang atau menjadi ikutan khalayak terutama anak-anak yang masih mengenal dunia.

Misalnya, kontroversi atau perang mulut Datin Rebecca Nur Al-Islam dan Datin Seri Shahida. Mengucap panjang menjadi dan geleng kepala sampai terseliuh urat leher ‘saksi’ pertengkaran mereka.

Dalam seronok bercerita itu ini dalam media sosial, mereka sepertinya lupa bahawa mereka berjawatan sebagai ‘public figure’ atau orang popular. Lagi laju jari jemari menekan papan kekunci telefon, lagi banyak pekung atau aib ditelanjangkan kepada dunia.

Benar, kita manusia memang tidak pernah lari daripada me­lakukan kesilapan.

Maka, berpeganglah kepada sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.” Hadis riwayat Imam Muslim (2590)

Satu lagi senario yang menghimpit dunia hiburan tempatan apabila ada sebilangan pasangan selebriti yang memilih untuk bercerai dan bercakap buruk tentang pasangan masing-masing.

Tidak mahu memetik mana-mana nama selebriti dimaksudkan tapi alangkah indahnya perpisahan itu berlaku tanpa sebarang kisah ungkit-mengungkit, provokasi dan bermacam perihal dalam kelambu.

Buat mereka yang bercerai dan memiliki zuriat, anak-anak itulah menjadi bentang atau penghalang untuk tidak langsung bercakap perkara-perkara yang akan dikesali pada kemudian hari.

Kalian pernah hidup bersama, berikrar sehidup semati menjaga sewaktu susah dan senang ketika akad, namun hujung-hujung perjanjian itu dikhianati begitu sahaja.

Tertarik dengan peringatan oleh Wadi Annuar tentang adab memilih jalan berpisah buat pasangan suami isteri.

Katanya, apa yang kita buat pada orang, akan datang balik kepada kita dan perkara itu tidak lari waima seinci pun.

“10 kali kamu masukkan ­kegembiraan di hati orang, Allah pencinta alam ini akan bayar balik 10 kali. Islam atau tidak Islam.

“Yang Islam pun dapat, yang bukan Islam pun dapat. Kita share benda aib orang, jatuhkan maruah dan 1,000 orang tengok, dan 1,000 akan akan menanti di hadapan pintu rumah tangga kamu nanti,” katanya.

Konklusinya di sini, jika kita mahu aib kita dibongkarkan, maka berfikirlah dua kali sebelum berbuat perkara sama kepada orang lain. Wallahualam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN