fbpx

Pelajar Orang Asli cemerlang SPM bakal terima biasiswa penuh Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid (tengah) melawat gerai pameran pada Majlis Santuni Kasih Syawal di Kampung Orang Asli Sungai Kroh, Tapah hari ini.

TAPAH – Pelajar Orang Asli yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam, bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, biasiswa penuh itu melibatkan kumpulan pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan ke atas.

“Sebagai Menteri yang menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di mana Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berada di bawahnya, saya telah arahkan Pengerusi Mara supaya 87 pelajar yang cemerlang ini wajib diberikan biasiswa 100 peratus.

“Biasiswa ini untuk mereka melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Mara (IPMA) atau memohon institusi lain di bawah MARA seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA dan German Malaysian Institute (GMI),” katanya ketika berucap pada Majlis Santuni Kasih Syawal di Kampung Orang Asli Sungai Kroh, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan Orang Asli turut merangkumi pelajar yang memperoleh keputusan SPM 5A ke bawah di mana mereka boleh melanjutkan pelajaran di institusi di bawah Mara.

Beliau berkata, terdapat beberapa pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diwujudkan khusus untuk anak-anak dalam kalangan masyarakat Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI