fbpx

India, Pakistan tak selamat, Amar tukar laluan perjalanan ke Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amar Baharin terpaksa menukar laluan perjalanan asal bagi misi berbasikal Kembara ke Mekah yang bakal bermula pada 27 April ini.

PETALING JAYA – Pelakon Amar Baharin terpaksa menukar laluan perjalanan asal bagi misi berbasikal Kembara ke Mekah yang bakal bermula pada 27 April ini susulan konflik di sempadan India dan Pakistan ketika ini.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 40, berkata, penukaran laluan perjalanan tersebut dilakukan atas faktor keselamatan dan menyifatkan semua yang berlaku adalah aturan Allah SWT.

“Allah sebaik-baik perancang.

“Kami dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi kita di New Delhi bahawa keadaan di India dan Pakistan adalah tidak selamat untuk dilalui buat misi #JourneyToTanahHaram.

“Sehubungan dengan itu, kami terpaksa ‘reroute’ (menukar laluan) misi ini atas faktor keselamatan.

“Laluan yang terbaharu akan dimaklumkan kemudian,” katanya ringkas dalam Instagram.

Sementara, daam ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan perjalanan Amar ke Tanah Suci dipermudahkan dan dilindungi Tuhan.

“Bagus Amar tukar laluan sebab memang ada ketegangan di sempadan India dan Pakistan ketika ini.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Amar. Simpan semua nombor kedutaan,” komen netizen.

Sebelum ini, Amar memaklumkan akan menyertai misi kayuhan ke Mekah sejauh 8,000 kilometer bermula 27 April depan.

Aktor itu akan memulakan misi tersebut bersama rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Pasangan duo itu dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.
Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Sebelum ini, isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli mengakui pada awalnya tidak bersetuju Amar akan menjayakan misi tersebut pada bulan ini.

Bagaimanapun, dia reda dan berlapang dada dengan permintaan suaminya itu selain menyokong apa jua yang dilakukan Amar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI