fbpx

PRK Ayer Kuning: Proses undi awal di Dewan Anggerik selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara anggota polis yang telah melaksanakan kewajipan mereka di pusat pengundian awal Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Tapah hari ini.

TAPAH – Pusat pengundian awal Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini telah ditutup seawal pukul 8.55 pagi tadi.

Semua pengundi telah melaksanakan kewajipan mereka dengan sempurna.

Difahamkan, terdapat 23 pengundi awal di kompleks ini dengan tiga merupakan pengundi pos dan seorang telah meninggal dunia.

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS kelihatan singgah sebentar di pusat pengundian ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI