fbpx

PRK Ayer Kuning: Kena pujuk pengundi kelabu untuk tambah majoriti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) ketika mengunjungi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Tiga di Tapah baru-baru ini. - Foto MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TANJUNG MALIM – Tempoh empat hari sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung Sabtu ini digunakan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati pengundi kelabu.

Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana golongan tersebut yang berjumlah kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan pengundi di DUN Ayer Kuning mampu meningkatkan jumlah majoriti diperoleh BN pada PRK kali ini.

Beliau berkata, kebiasaannya di sesebuah kawasan berlangsungnya PRK, sokongan sehingga 40 peratus diterima kerajaan daripada pengundi manakala 30 peratus (pengundi kelabu) dan 30 peratus menyokong pembangksng.

“Bagaimanapun, di DUN Ayer Kuning yang dimenangi BN pada pilihan raya sebelum ini, jumlah penyokong adalah antara 50 hingga 60 peratus manakala 20 peratus masing-masing adalah pengundi kelabu dan penyokong pembangkang.

“Ini bermakna 20 peratus yang kelabu ini penting dan kena pujuk kalau kita ada keyakinan untuk menang, sekali gus ia (undi pengundi kelabu) akan menambah jumlah majoriti. Kena pujuk supaya mereka bersama dengan BN kerana kita tak mahu Ayer Kuning jadi tempat pembangkang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja dengan meninjau lokasi jambatan runtuh di Sg. Liat, Felda Sg. Klah di sini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behramg, Salina Samsudin.

Di kerusi DUN Ayer Kuning, seramai 31,897 pengundi berdaftar direkodkan dengan 56 peratus daripadanya pengundi Melayu, Cina (22 peratus), India (14 peratus) dan lain-lain (lapan peratus).

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Allahyarham Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI