fbpx

PRK Ayer Kuning: Berkerusi roda datang mengundi sebelum pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahamat menunaikan tanggungjawab membuang undi di Dewan Rekreasi Pegawai kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Biarpun dalam keadaan ‘uzur’, Koperal Mahamat Udin, 59, tidak mahu melepaskan peluang mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di sini hari ini.

Menurut Mahamat, mengundi adalah tanggungjawab terakhirnya sebagai pengundi awal sebelum bersara wajib dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September ini.

“Ini merupakan tanggungjawab saya, walaupun sakit dan badan lemah selepas terbabit dalam kemalangan beberapa tahun lalu, saya tetap gagahkan diri untuk hadir ke sini (mengundi).

“Lagipun, ini adalah pengalaman pertama saya mengundi secara fizikal dengan mencelup jari dalam dakwat. Sebelum ini saya mengundi secara pos,” katanya ketika ditemui di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.

Sementara itu, Surya Mat, 40, yang dalam tempoh berpantang mencuri perhatian apabila hadir dengan berkerusi roda sambil memangku bayinya, Shein Alfie Shukor berusia 32 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI