fbpx

Bas rempuh 2 lori, 7 maut, 20 cedera 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha memadamkan api pada sebuah bas di wilayah Prachinburi, Thailand semalam. - Manit Sanubboon

BANGKOK – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas mereka naiki merempuh dua buah lori dan terbakar di Thailand, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Kemalangan berlaku sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) di sebuah lebuh raya dekat Na Di, wilayah Prachinburi. 

Pegawai polis tempatan, Leftenan Kolonel (polis) Siwaphas Phuripaschaiboonchu berkata, bas itu dalam perjalanan dari Nong Khai ke Rayong. 

“Tujuh orang termasuk pemandu bas dan pembantunya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 20 penumpang lain cedera. 

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada brek bas yang tidak berfungsi

“Bas itu dikendalikan syarikat 407 Pattana Co yang mempunyai rekod keselamatan buruk,” katanya. 

Seorang pemandu lori, Lamsant Phuanhphu berkata, dia mengekori bas itu semasa kenderaan itu menuruni bukit dengan kelajuan tinggi. 

“Bas itu kemudian merempuh dua lori di hadapannya. Saya dan beberapa pemandu lain segera memberhentikan kenderaan untuk membantu mengeluarkan penumpang,” tambah Phuanphu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI