fbpx

Pendidikan pemacu masa depan ASEAN – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (dua dari kiri) hadir ke Sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025 di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Pendidikan mesti menjadi pemacu utama untuk masa depan ASEAN yang lebih berdaya tahan, makmur dan bersatu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sistem pendidikan di rantau ASEAN perlu ditransformasi secara berani, selari dengan perubahan pesat dunia dan kemunculan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

“Pendidikan adalah strategi terbaik ASEAN untuk daya tahan, kemakmuran dan perpaduan. Ia juga tanggungjawab terbesar kita.

“Malaysia komited untuk menerajui usaha serantau dalam bidang ini. Kami bersedia untuk berkongsi, belajar dan bekerjasama dengan jiran-jiran ASEAN untuk membentuk masa depan yang pintar, inklusif dan lestari,” katanya pada sidang Kemuncak Pemerkasaan Pendidikan 2025 di sini hari ini.

Menurut Fadhlina, Malaysia memilih pendekatan transformasi berani menerusi pelbagai inisiatif, antaranya pembaharuan kurikulum, latihan guru secara besar-besaran dalam pedagogi digital dan kerjasama erat antara sektor TVET dan industri.

“Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) kini menekankan kemahiran digital, penyelesaian masalah dan nilai. Lebih 100,000 guru juga sedang dilatih semula dalam pedagogi abad ke-21.

“Kerjasama TVET dengan sektor seperti elektrik dan elektronik (E&E) turut diperkukuh, termasuk pembangunan laluan latihan modular bersama politeknik dan kolej vokasional,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI