fbpx

PRK Ayer Kuning: Pengundi luar rela pulang – Saravanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAVANAN (tengah) bergambar bersama peserta Kejohanan Bola Sepak Grassroots U8, U10, U12 Piala Datuk Seri M Saravanan di Stadium Tun Ahmad Sarji di Tapah hari ini.

TAPAH – Semua pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang merantau atau berada di luar kawasan diminta pulang untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 April ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berkata, jentera parti giat menggerakkan usaha ‘membawa pulang’ pengundi luar khususnya yang dikenal pasti sebagai pengundi putih.

Katanya, langkah itu diambil sebagai strategi awal untuk memastikan kehadiran maksimum kumpulan yang cenderung menyokong calon BN.

“Kita telah mengenal pasti pengundi putih dan sebahagian besarnya memberitahu mereka rela datang (pulang).

“Walaupun baru pulang ke kampung halaman untuk hari raya, mereka mahu balik untuk tunaikan hak. Kecuaian dan kegagalan mereka ini mungkin akan beri laluan kepada pihak lain,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Bola Sepak Grassroots U8, U10, U12 Piala Datuk Seri M Saravanan di Stadium Tun Ahmad Sarji di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI