fbpx

Pengarah syarikat ‘melepas’ untung RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seng Lee

KULAI – Seorang pengarah syarikat berputih mata selepas wang simpanan RM666,300 yang dilaburkan untuk mendapat pulangan lumayan lesap apabila menjadi mangsa sindiket scammer.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian, semalam.

Menurut beliau, mangsa tertarik membuat pelaburan tersebut selepas dijanjikan keuntungan sehingga 10 peratus hanya dalam tempoh tiga hari.

“Mangsa kemudian membuat 20 transaksi ke dalam dua akaun bank tempatan berbeza dengan nilai keseluruhan RM666,300 bermula 4 Mac hingga 17 April.

“Tidak lama selepas itu mangsa dimaklumkan telah mendapat keuntungan sebanyak RM1.4 juta, namun ketika hendak mengeluarkan wang tersebut, dia diminta membuat pelaburan tambahan bernilai RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, perkara tersebut membuatkan mangsa tersedar bahawa dia telah menjadi mangsa sindiket scammer, sebelum tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI