fbpx

J-ARDC perkukuh sektor pertanian, keterjaminan makanan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahari (empat kiri) bergambar bersama wakil lima syarikat yang dilantik menjalin kerjasama dengan J-ARDC dalam usaha memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan negeri Johor.

JOHOR BAHRU – Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Negeri Johor (J-ARDC) bakal memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan negeri ini selari matlamat menjadikan Johor sebagai ‘food bank’ negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, J-ARDC akan memainkan peranan bagi memperkasakan sektor pertanian terutamanya melibatkan penyelidikan dan pembangunan.

Menurut beliau, idea menubuhkan pusat berkenaan terhasil semasa pertemuan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup pada 2 Februari lalu.

“J-ARDC merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor dalam menyelaras dan memperkukuh bidang penyelidikan serta inovasi pertanian di negeri ini.

“Matlamatnya adalah meningkatkan sekuriti makanan serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui kerjasama pelbagai pihak melalui penggunaan teknologi pertanian maju dan selari dengan peredaran semasa,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penubuhan J-ARDC, di sini. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI