fbpx

Lelaki cium mulut harimau 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu mencium seekor harimau. - Instagram

NEW DELHI – Seorang pesohor media sosial di Pakistan mengundang perhatian ramai selepas menyiarkan rakaman dia  mencium seekor harimau gergasi, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @nouman.hassan1 menunjukkan lelaki itu membelai seekor harimau yang dirantai. 

Dia kemudian mencium binatang buas tersebut. 

Harimau itu cuba menggigit lengannya seolah-olah hendak bergurau, tetapi segera berhenti selepas dimarahi.

Rakaman itu mencatatkan lebih 248,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ini sangat bahaya! Saya takut menonton klip video ini,” kata seorang netizen. 

“Harimau tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI