PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, sembilan negeri akan mengalami hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 2 pagi nanti.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia berkata, antara negeri terlibat adalah Pahang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Pahang ia melibatkan kawasan sekitar Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Untuk Johor pula ia melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat,”katanya.
MetMalaysia menambah, hujan lebat dan ribut petir juga akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Untuk Sarawak pula, ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang.
“Di Sabah ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod),”ujarnya.-KOSMO! ONLINE