fbpx

EPL: Chelsea mungkin tanggung rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO

LONDON – Chelsea dilaporkan membuat keputusan drastik untuk membatalkan pembelian tetap Jadon Sancho daripada Manchester United selepas pemain itu gagal menepati jangkaan ketika tempoh pinjaman

Sancho menyertai Chelsea secara pinjaman dengan harapan dapat menghidupkan semula kariernya yang malap bersama United, selain mahu melupakan konflik dengan pengurus, Erik ten Hag, namun impian itu bertukar mimpi ngeri apabila prestasinya di Stamford Bridge tidak meyakinkan.

Meskipun pernah mengakui sebagai peminat Chelsea sejak kecil, Sancho hanya mampu menjaringkan dua gol sepanjang musim ini dan sering dipinggirkan daripada kesebelasan utama oleh pengurus baharu, Enzo Maresca.

Menurut laporan, Chelsea sebelum ini bersetuju untuk membeli Sancho secara kekal pada harga sekitar £20 juta (RM115 juta) hingga £25 juta (RM143 juta), namun kontrak pinjaman itu mengandungi satu klausa pelepasan awal, yang membolehkan Chelsea membatalkan urus niaga dengan hanya membayar pampasan £5 juta (RM28.7 juta).

Difahamkan, Chelsea kini telah mengaktifkan klausa tersebut dan bersedia memulangkan Sancho ke Old Trafford sebaik musim berakhir sementara United pula dijangka akan mencari pembeli baharu buat pemain England itu.

Selain Sancho, Chelsea juga dilaporkan bersedia melepaskan Mykhailo Mudryk yang tidak lagi beraksi sejak November lalu dan digantung sementara oleh FA susulan isu doping.

Sementara Christopher Nkunku turut menghadapi nasib sama selepas dilihat gagal menyesuaikan diri selepas kembali daripada kecederaan panjang dan tidak lagi menjadi pilihan utama dalam pelan taktikal Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI