fbpx
Siti MARIEYAH (kanan) dan dua anaknya yang terlantar akibat cerebral palsy ketika diziarahi kakitangan Instep di Batu Rakit, Kuala Nerus baru-baru ini.

Tabah jaga dua anak hidap Celebral Palsy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Sambutan Aidilfitri buat Siti Marieyah Ahmad Sobri, 36, dan keluarganya bagaikan tidak bermakna sejak sembilan tahun lalu berikutan keadaan kedua-dua anaknya yang terlantar akibat penyakit cerebral palsy.

Siti Marieyah berkata, rutin harian dia dan suami, Atan Ismail, 39, tidak berubah setiap hari biarpun pada 1 Syawal demi memastikan penjagaan rapi buat dua anak mereka Al Amin, 10, dan Nur Aira Sumaiyyah,6,

“Kehidupan kami mula berubah apabila Al Amin yang dilahirkan normal tiba-tiba merosot tahap kesihatannya sehingga
disahkan menghidap ­cerebral palsy sewaktu berusia setahun.

“Pada mulanya, dia (Al Amin) cuma demam sebelum me­ngalami jangkitan kuman pada paru-paru sewaktu berusia lapan bulan,” katanya ketika ditemui di Batu Rakit, di sini baru-baru ini.

Terdahulu, mereka diziarahi kakitangan Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) yang bersimpati dengan nasib me­nimpa keluarga itu.

Siti Marieyah berkata, dia dan suami terus diuji apabila anak bongsu mereka, Nur Aira Sumaiyyah juga diserang simptom penyakit sama seperti abangnya sewaktu berusia lapan bulan.

Dia berkata, mereka reda meskipun memiliki anak-anak istimewa tersebut dan berusaha sedaya upaya menjaga mereka sebaiknya.

“Saya dan suami bergilir menjaga Al Amin dan Sumaiyyah yang amat memerlukan penja­gaan rapi.

“Suami cuma bekerja kampung. Saya bantu tambah pendapatan dengan menghantar laksa dan bakso ke beberapa kedai makan di sekitar daerah ini,” katanya.

Siti Marieyah berkata, kesempitan hidup bukan sahaja memaksa mereka tidak begitu me­rayakan Aidilfitri malah berjimat cermat termasuk dalam pembelian susu khas buat anak-anak mereka.

Dia berkata, mereka ber­syukur menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM1,000 setiap bulan selain RM3,500 setahun daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

“Harapan saya dan suami kini cuma agar terus dikurniakan ke­sihatan yang baik untuk sentiasa dapat menjaga dua permata hati kami ini sehingga ke akhir hayat,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN