fbpx
BEBERAPA pengunjung memilih barangan kelengkapan rumah di sebuah kedai di Pusat Perniagaan Nilai 3 semalam. – NUR SHARIEZA ISMAIL

Nilai 3 kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pusat Perniagaan Nilai 3 yang sebelum ini suram ekoran tidak lagi menarik minat orang ramai untuk datang membeli-belah kini kembali meriah dengan kehadiran pengunjung.

Tinjauan yang dibuat di kawasan berkenaan mendapati, orang ramai mula mengunjungi pusat perniagaan itu bagi mendapatkan barangan kelengkapan rumah termasuk permaidani dan pinggan mangkuk serta peralatan dapur untuk digunakan ketika menyambut Aidilfitri nanti.

Situasi ini memberikan ke­legaan dan kegembiraan buat para peniaga untuk terus bero­perasi di situ.

Sebelum ini, ramai peniaga mengeluh kerana kedai mereka lengang tanpa kehadiran pe­langgan.

Seorang pengunjung dari Ba­ngi, Selangor, Azzamri Jefri, 36, berkata, Nilai 3 menjadi pilihan keluarganya untuk mendapatkan barangan keperluan rumah, lebih-lebih lagi pada musim pe­rayaan.

“Kebetulan isteri mahu mencari bekas kuih raya dan kami terus ke sini kerana terdapat banyak pilihan yang ditawarkan penjual. Lagipun harga ditawarkan murah.

“Alhamdulillah, ramai pe­ngunjung mula datang ke sini semula dan saya lihat mereka sibuk memilih barangan kelengkapan raya,” katanya.

Pengunjung dari Shah Alam, Selangor, Rahmah Mutalib, 45, pula berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk datang ke Nilai 3 setiap kali musim pe­rayaan.

“Kali ini saya membeli permaidani, set pinggan mangkuk, cawan dan set kelengkapan rumah lain kerana harga ditawarkan amat berpatutan.

“Rambang mata juga apabila melihat semuanya cantik-cantik,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Pusat Perniagaan Nilai 3, Datuk Wong Ah San berkata, dia yakin Pusat Perniagaan Nilai 3 akan kembali meriah seperti sebelum ini.

“Antara perancangan dibuat untuk mengembalikan kegemilangan Nilai 3 adalah pemba­ngunan semula Nilai 3 Streetmall secara komprehensif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN