Noor Saiful menunjukkan sebahagian bongkah cendawan yang rosak akibat banjir termenung di Kampung Parit Hassan, Benut, Pontian.

Modal RM10,000 hangus angkara banjir termenung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang lelaki rugi RM10,000 apabila cendawan yang diusahakannya rosak akibat ditenggelami air banjir terme­nung yang masuk hari kelima di Kampung Parit Hassan, Benut, di sini.

Noor Saiful Amri Suloh, 51, berkata, kira-kira 3,000 bongkah cendawan rosak ditenggelami air setinggi 0.5 meter sejak Khamis lalu.

Katanya, bongkah-bongkah cendawan tersebut tidak sempat diselamatkan apabila air menerjah masuk ke dalam bangsalnya akibat hujan berterusan.

“1,500 set penutup bongkah juga dihayutkan air banjir yang dibeli dengan harga RM1.30 setiap satu.

“Selepas 13 tahun, banjir ini merupakan yang terburuk me­landa kampung ditambah de­ngan fenomena air pasang menyebabkan air bah tidak mahu keluar,” katanya.

Menurut Noor Saiful Amri, dia risau banjir termenung akan terus berlaku jika cuaca masih hujan yang akan menyebabkan lebih banyak bongkah cendawan rosak.

Tambahnya, dia berharap pihak berkuasa dapat mencari jalan penyelesaian bagi menge­lakkan lebih banyak kerugian ditanggung oleh penduduk.

Jamaluddin Abd. Rahman, 52, pula berkata, tandas rumahnya rosak disebabkan air ‘menendang’ apabila digunakan oleh keluarganya.

“Tikar getah dan perabot tidak dapat digunakan lagi kerana terendam air. Lagi seminggu nak raya, saya risau terutama tandas tidak dapat digunakan,” ujarnya.

Oleh itu, dia meminta supaya pihak-pihak berkenaan dapat turun ke Kampung Parit Hassan bagi melihat sendiri masalah banjir termenung itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN