fbpx
Salah satu sesi dakwah yang dilakukan oleh Abdullah Azzam ketika berada di Queenstown, New Zealand baru-baru ini.

Suara ustaz Azzam berkumandang di Queenstown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang anak muda asal Kelantan, Abdullah Azzam Mohd. Nazri, 24, mencipta sejarah sendiri apabila diberi penghormatan menjadi imam solat tarawih di New Zealand.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan negara, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda yang ingin menyebarkan syiar Islam ke peringkat antarabangsa.

Abdullah Azzam atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Azzam merupakan seorang hafiz al-Quran dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Katanya, dia terpilih sebagai imam solat tarawih di MyFundAction Youth Development Center, Queenstown, New Zealand untuk 30 hari Ramadan dan ia menjadi satu tanggungjawab besar buatnya dalam memastikan dakwah Islam dapat disampaikan dengan jelas dan benar.

“Alhamdulillah bersyukur sebab berkesempatan dapat jadi imam dan juga dapat peluang berdakwah kepada penduduk bukan Islam di sini (New Zealand).

“Saya juga merasakan ia satu tanggungjawab sebagai salah seorang asatizah untuk menyampaikan dakwah ke seluruh dunia terutama di negara minoriti muslim,” katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, dia juga diberi kepercayaan bagi mengimamkan jemaah ketika solat sunat Aidilfitri akan datang.

Bercerita mengenai latar belakang diri, anak keempat daripada 13 beradik itu merupakan alumni Jamia Binoria Alamia (International University of Binoria), Karachi, Pakistan, serta Penasihat Syariah MyFundAction Japan & Korea.

Dengan latar belakang pendidikan itu, Ustaz Azzam kini aktif dalam bidang dakwah dan sukarelawan di pelbagai negara termasuklah India, Pakistan, Bangladesh dan Thailand.

“Selain menjadi imam tarawih, saya juga pernah diberi penghormatan menjadi imam solat Jumaat di Pakistan pada tahun 2018 serta sering dijemput memberi ceramah dan tazkirah di masjid-masjid serta pusat komuniti Islam.

“Berada di bumi New Zealand, saya turut menjelajah ke beberapa bandar dan pulau di sini bagi menyampaikan dakwah secara langsung orang Islam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN