fbpx
Saiz normal udang galah yang dipancing oleh saya di sini.

K2

Pancing udang galah Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Udang galah boleh hidup di perairan air tawar dan muara. Ia dianggap sebagai hidangan istimewa kerana rasanya yang enak. Jadi, tidak hairanlah jika harga sekilogram udang galah liar mampu mencecah sehingga RM150.

Sebab itulah, saya memilih untuk memancing udang daripada membelinya.

Set yang biasa saya gunakan adalah joran sepanjang lima kaki setengah bersama kekili bersaiz 500 hingga 1,000 yang dimasukkan tali sulam antara enam hingga lapan paun.

Kebiasaannya, anda tidak boleh terlalu gopoh apabila memancing udang. Saat kelihatan umpan sudah digetu, joran akan dipegang. Anda akan berasa tarikan lembut udang yang cuba menarik umpan menggunakan sepitnya, jadi hulurkan hujung joran dan tali hendaklah sentiasa tegang. Biarkan seketika sehinggalah udang membawa umpan ke mulutnya dan ia akan ‘terjetak’.

Itu menandakan mata kail sudah tertancap ke mulutnya. Hanya angkat joran tinggi sambil mengarau tali cepat supaya dapat menarik udang keluar dari kawasan struktur, sebelum sepitnya dapat mencapai reba.

Lepaskan semula udang bertelur supaya stoknya sentiasa ada di sungai.

Kempen udang bertelur
Seekor udang galah yang bertelur mampu menghasil 1,000 hingga 3,000 biji telur secara semula jadi untuk ia meneruskan gene­rasinya. Bayangkan, jika semua udang bertelur ini dibawa pulang sebagai lauk, pasti lama-kelamaan ia bakal mengganggu kelestarian kehidupannya di sungai tersebut.

Kempen melepaskan udang bertelur oleh Persatuan Pemancing SeMalaysia (PPsM) suatu ketika dahulu di sini boleh dikatakan berjaya. Ini berdasarkan pemerhatian saya sendiri dan rakan pemancing lain yang rata-rata mengatakan tangkapan udang galah mereka semakin banyak berbanding dahulu.

Diharapkan, anda juga dapat melepaskan semula udang galah yang bertelur, di mana jua lokasi anda memancingnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN