fbpx
AKTIF mencari rezeki di bulan puasa dituntut dalam Islam dan tidak hanya bermalas-malasan.

Puasa bukan alasan tidak produktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMALAM, seluruh umat Islam di negara ini telah mula berpuasa sempena kedatangan Ramadan.

Sepanjang bulan ke sembilan dalam kalender Hijrah itu, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib).

Selama berpuasa, mereka harus menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.

Disebabkan perkara tersebut, ada individu yang menjadikan Ramadan sebagai waktu untuk bermalasan dan tidak produktif dalam tugas.

Malah, ada pihak yang menyeru umat Islam supaya meninggalkan amalan ‘kuno’ tersebut bagi memastikan kerja menjadi lebih efisien, sekali gus dapat meningkat ekonomi negaara. Pada Mac 1962, dunia Islam digemparkan dengan arahan daripada Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba apabila mengeluarkan perintah melarang rakyatnya berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagi menunjukkan keseriusannya, Bourguiba bersama barisan menteri kabinetnya telah muncul di kaca televisyen secara langsung pada waktu tengah hari ketika Ramadan sambil makan beramai-raamai .

Beliau melarang umat Islam terutamanya yang bekerja dalam sektor awam daripada berpuasa kerana amalan tersebut akan mengurangkan produktiviti, malah menganggap syariat puasa sebagai penghalang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Adakah kita sebagai umat Islam bersetuju dengan pemikiran Bourguiba itu? Pastinya rata-rata daripada kita akan marah dengan kenyataan Bourguiba tersebut.

Justeru sebagai umat Islam, kita perlu membuktikan bahawa Ramadan bukan waktu untuk bermalas-malasan dan menjadi tidak produktif.

Mungkin ramai yang memberi alasan, bagaimana hendak mengekalkan produktiviti sekiranya terpaksa bekerja di bawah terik mentari dan perlu menggunakan tenaga yang banyak. Hakikatnya, pekerjaan tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak berpuasa bagi. Sebaliknya, kita boleh memilih waktu yang sesuai untuk tugas berkenaan seperti pada sebelah pagi kerana mentari belum terik.

Selain itu, tugas yang memerlukan tenaga banyak mungkin boleh dibawa ke sebelah malam selepas waktu berbuka. Sekiranya tugas itu masih perlu dilakukan pada waktu tengah hari, maka Islam mempunyai kelonggaran untuk tidak berpuasa, namun wajib menggantikannya.

Bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat yang berpendingin hawa, penulis rasa tiada alasan untuk mereka bermalasan sehingga mengurangkan produktiviti kerja.

Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi memastikan tubuh badan kekal cergas sepanjang Ramadan. Salah satunya, jangan pernah meninggalkan sahur. Sama seperti sarapan pagi, sahur penting untuk menambah bekalan tenaga dalam badan supaya kekal cergas sehingga waktu berbuka. Selain itu, anda juga perlu tidur yang cukup supaya tubuh kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Malah kajian menunjukkan, kekurangan waktu tidur boleh menjejaskan prestasi otak, sekali gus menurunkan produktiviti kerja. Kesimpulannya, penulis merasakan Ramadan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk umat Islam menjadi malas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN