KLANG – Isteri Allahyarham Aszehari Ansar tidak menyangka larangan suami supaya tidak mengikutnya mengambil anak tunggal balik dari sekolah merupakan petanda Allah mahu menyelamatkannya daripada maut.
Siti Norwani Mohamed, 41, berkata, permintaan Aszehari, 46, pada petang kejadian, dia sedang memasak di rumah.
Katanya, biasanya dia menemani suaminya untuk mengambil anak dan seterusnya makan di luar.
“Kebiasaannya, suami dan anak sampai rumah dalam lima ke 10 minit. Tapi pukul 6.30 petang (semalam) pun mereka tidak sampai rumah lagi walaupun hujan sudah reda.
“Tiba-tiba dalam pukul 6.30 petang, salah seorang jiran datang ke rumah bawa Nur Syifa ke rumah dengan menunggang motosikal.
“Jiran maklum suami telah dihempap pokok dan minta saya ikutnya ke lokasi kejadian. Saya ke lokasi kejadian naik motosikal dengan jiran itu,” katanya.
“Biasanya mereka akan sampai antara lima hingga 10 minit sahaja. Tetapi sampai pukul 6.30 petang pun mereka masih tidak sampai.
“Tidak lama kemudian, seorang jiran datang bawa Nur Syifa ke rumah dengan menunggang motosikal dan memaklumkan suami telah dihempap pokok. Saya kemudian pergi ke sana dengan menunggang motosikal itu,” katanya.
Menurut Siti Norwani, dia terkejut melihat saiz pokok itu yang menyebabkan kereta mereka remuk hingga bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat suaminya.
“Saya amat terasa dengan kehilangan suami kerana dia seorang penyayang dan sentiasa mengambil berat mengenai saya dan anak,” katanya sambil menangis.
Dalam kejadian pukul 6.31 petang itu, Aszehari maut apabila kereta jenis Mercedes Benz yang dia naiki bersama anaknya, Nur Asyifa, 13, dihempap pokok besar di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda, Klang kelmarin.














