fbpx
PENDUDUK berkumpul dan bermalam di atas bukit bagi mendapatkan talian komunikasi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut.

‘Malam baru ada line, itupun sebelah kubur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Kira-kira 500 orang penduduk terpaksa mendaki bukit untuk memperoleh talian berikutan gangguan telekomunikasi yang berlarutan di sekitar Kampung Bantal Ulu Tembeling di sini.

Menurut penduduk, gangguan yang kerap berlaku sejak awal bulan ini menyebabkan keadaan talian tidak menentu pada ­waktu siang hari dan pulih hampir ­waktu tengah malam.

Penduduk Kampung Bantal, Mohd Zaimi Ali, 58, berkata, dia dan pengguna di situ terpaksa mencari lokasi yang tinggi dan berbukit untuk memperoleh talian internet.

“Pada waktu malam menjelang awal pagi, kami beramai-ramai memanjat bukit yang terletak tiga kilometer untuk mendapatkan talian bagi membolehkan berbual dengan saudara-mara di tempat lain serta mengakses maklumat, tetapi masih ada gangguan.

“Aduan sudah pun dibuat kepada pihak berwajib dan penduduk di sini, tetapi gangguan yang sama kerap berlaku,” kata­nya di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini.

Seorang penduduk, Muhammad Aiman Hamizan, 35, ber­kata, dia bersama rakannya juga ke tanah perkuburan kampung itu kerana di situ ada talian selain sebahagian lagi penduduk memanjat kawasan berbukit yang agak jauh dari kampung tersebut.

“Kami bergerak hampir dua kilometer ke kawasan tanah perkuburan berdekatan hutan pada sebelah malam untuk mendapatkan talian dan boleh berhubung dengan luar dalam kea­daan yang tidak selesa sehingga awal pagi.

“Hal ini kerana, pada sebelah siang sejak lima hari lalu kami langsung tidak memperoleh talian berkemungkinan ber­punca masalah menara berdekatan kampung ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN