fbpx
Gambar hiasan.

Mewah sekejap, merana berpanjangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dalam kehidupan yang serba mencabar pada masa ini, sebahagian daripada kita hilang pertimbangan dan pegangan sehingga sanggup melakukan perkara yang menyalahi undang-undang serta menyusahkan banyak pihak.

Salah satu daripadanya adalah dengan menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scammer tanpa memikirkan kesan negatif yang bakal diterima oleh insan lain.

Keldai akaun ditafsirkan sebagai individu menyerahkan kad bank serta nombor pin kepada individu lain dan akaun terbabit digunakan bagi tujuan jenayah sama ada dengan atau tanpa pengetahuan pemiliknya.

Paling mengejutkan menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat puluhah ribu daripada ratusan ribu individu yang terlibat dalam aktiviti tersebut terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan keadaan ini membimbangkan.

Ia diakui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang menyifatkan, mahasiswa yang terdedah dengan gaya hidup mewah dan tidak sepadan dengan kemampuan sering menjadi mangsa buruan penjenayah siber.

Fikiran belum matang dan mudah dipengaruhi menjadikan mereka cepat terperdaya dengan kelicikan sindiket scammer yang sentiasa mengubah modus operandi (MO) untuk menjerat mangsa yang lalai.

Sebenarnya mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut dengan menyewakan akaun bank semata-mata untuk mendapat wang segera yang sebenarnya tidaklah banyak yang diperoleh.

Hakikatnya, yang mendapat keuntungan berganda sebenar adalah sindiket .

Justeru, mereka yang masih menyimpan hasrat untuk menyewa akaun bank supaya membatalkan niat itu kerana pihak yang menyewa akaun akan dicari pihak berkuasa, bukannya dalang sindiket penipuan.

Undang-undang jelas menyatakan kesalahan diletakkan kepada pemilik akaun walaupun dalam kes tertentu, mereka tidak mengetahui ia digunakan untuk tujuan menipu.

Dalam hal ini, sekiranya masyarakat menyedari akan risiko menyerahkan akaun bank kepada orang lain dan risiko menjadi keldai akaun, pasti scammer sudah tak ada akaun keldai untuk digunakan.

Justeru, jangan terperangkap dengan tipu helah dan kelicikan sindiket scammer kerana kita tidak mahu kaya sekejap, tetapi merana berpanjangan dalam hidup.

Ingatlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak akan memberi apa-apa makna lagi. Jadi waspada dalam setiap apa yang kita buat dalam hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN