fbpx

Pemuda maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kemalangan antara motosikal dan kereta di terowong Jalan Masjid Negeri, semalam.

GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di terowong Jalan Masjid Negeri, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, motosikal yang mangsa tunggang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohammad berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa berusia 21 tahun mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 1.10 pagi tadi.

“Pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 46 tahun tidak mengalami kecederaan manakala seorang penumpang, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun cedera pada tangan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta di terowong Jalan Masjid Negeri itu.

Difahamkan, laluan di terowong Jalan Masjid Negeri itu hanya boleh dilalui oleh kereta dan motosikal tidak dibenarkan melalui jalan tersebut.

Menurut Abdul Rozak, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta untuk tampil bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI