fbpx

Kanak-kanak cedera kena bucu kerusi sudah dirawat – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (gambar kecil) memaklumkan kanak-kanak yang cedera terkena bucu kerusi selepas dipukul seorang wanita telah menerima rawatan.

PETALING JAYA – Kanak-kanak yang cedera selepas terkena bucu kerusi telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam hantaran di laman X memaklumkan, Pelindung Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah menghubungi pihak D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam untuk mengambil tindakan segera.

“Kanak-kanak perempuan ini telah dibawa oleh Pelindung ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan bagi kanak-kanak perempuan ini,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup memaparkan seorang wanita bertindak menolak seorang kanak-kanak perempuan hingga terjatuh dan terhantuk pada bucu sebuah kerusi di hadapan pasar raya di Jejawi, Perlis.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang merupakan pekerja kantin telah ditahan pihak polis dan direman selama enam hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI