fbpx

Malaysia gagal cipta kejutan di Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Malaysia, Irfan Shahmie Suhaimi (kanan) cuba menjaringkan gol tetapi berjaya ditepis penjaga gol Argentina dalam aksi Piala Dunia Hoki Dalam Dewan sebentar tadi. - FIH

PETALING JAYA – Skuad hoki dalam dewan lelaki negara sekali lagi terpaksa akur dengan kekuatan Argentina apabila tewas 2-6 dalam perlawanan penentuan kedudukan 9 hingga 12 pada Piala Dunia Hoki Dalam Dewan Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia sebentar tadi.

Anak-anak buah Rodzhanizam Mat Radzi yang sebelum ini tewas 2-5 kepada lawan sama di peringkat kumpulan B, gagal mencari rentak meskipun cuba memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan.

Argentina membuka jaringan menerusi pukulan penalti Joaquin Gonzalez pada minit ke-10, diikuti gol padang daripada Gaston Rodriguez (m-13), Facundo G Navarro (m-15) dan Santiago Moron (m-16) yang memberikan mereka kelebihan 4-0 di separuh masa pertama.

MALAYSIA (jersi kuning) terpaksa akur tewas kepada Argentina dan perlu berdepan Trinidad & Tobago dalam aksi terakhir Piala Dunia Hoki Dalam Dewan pada Ahad ini. – FIH

Malaysia cuba bangkit di separuh masa kedua apabila Muhammad Ashran Hamsani akhirnya memecah kebuntuan dengan gol pada minit ke-25.

Seterusnya, Muhamad Izham Azhar menambah satu lagi gol pada minit ke-39, namun ia masih belum cukup untuk menyaingi kehebatan Argentina.

Pasukan lawan terus memastikan kemenangan dengan gol kelima dan keenam menerusi Gaston Rodriguez (m23) dan Juan Eleicegui (m-40), sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 6-2.

Malaysia kini akan beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ke-11 menentang Trinidad & Tobago pada Ahad ini dan peluang masih terbuka untuk skuad negara mengakhiri kejohanan dengan keputusan yang lebih positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI