fbpx
Ali (baju ungu) sempat menikahkan sendiri anak perempuannya sebelum rebah sejurus majlis di Kampung Pak Ali Melaka pada 31 Januari lalu.

‘Tugas’ terakhir, lelaki meninggal lepas nikahkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegembiraan seorang pengantin perempuan di hari bahagianya bertukar pilu apabila bapanya rebah sejurus selepas akad nikah dan menghembuskan nafas terakhir pada hari persandingan keesokan harinya.

Nor Hanisah Ali, 27, berkata arwah bapanya, Ali Hassan, 60, yang bekerja sebagai tenaga pe­ngajar sekolah memandu, menghidap sakit jantung dan sudah beberapa hari tidak sihat sebelum majlis berlangsung.

Namun, arwah tetap berkeras untuk tidak ke hospital kerana mahu memastikan majlis perkahwinan anaknya berjalan lancar.

“Dua hari sebelum akad nikah, abah menghabiskan bayaran ­majlis dan mengasingkan wang yang perlu dibayar, seolah-olah sudah bersedia,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kata Hanisah yang tinggal di Kampung Pak Ali di Melaka, kenangan terakhir bersama arwah bapanya adalah ketika dia sendiri gagahkan diri menikahkannya, menjadikannya anak perempuan terakhir yang dinikahkan oleh arwah.

“Pesanan terakhir yang abah sempat berikan kepada saya hanyalah ‘jaga mak elok-elok’,” katanya.

Dalam kejadian pada 1 Februari lalu, bapa Hanisah meninggal dunia setelah rebah selepas selesai akad nikah hari sebelumnya. Arwah dikebumikan pukul 6.10 pagi dan majlis bersanding berjalan seperti biasa pada bermula 10 pagi hari yang sama atas permintaan Allahyarham.

Walaupun kejadian itu mengejutkan keluarga, mereka tetap meneruskan majlis persandi­ngan seperti yang dirancang atas permintaan arwah sendiri.

“Sebelum bersiap, saya sempat cium dan berjumpa dengannya buat kali terakhir. Keluarga menasihatkan untuk teruskan majlis kerana ia adalah perancangan dan hasrat arwah,” jelasnya.

Jenazah arwah disolatkan oleh imam kampung kerana adik lelaki Hanisah tidak cukup kuat untuk mengimamkan solat jena­zah bapanya sendiri.

“Syukur, proses pengebumian berjalan lancar. Abah pergi dalam keadaan tersenyum,” katanya.

Arwah meninggalkan seorang balu, Rauhayati, 56, yang merupakan suri rumah, serta seorang anak lelaki yang masih belum berkahwin.

Kejadian sedih ini tular di media sosial selepas Hanisah memuat turun video kenangan bersama Allahyarham bapanya sebelum rebah ketika majlis akad nikahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN