fbpx
1,651 mangsa Sabah masih berada di 12 PPS setakat pagi ini.

1,651 mangsa Sabah masih berada di 12 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Seramai 1,651 mangsa banjir daripada 537 keluarga masih ditempatkan di 12 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, daerah yang masih terjejas adalah Pitas, Lahad Datu, Tongod, Beaufort dan Paitan.

“Pitas merekodkan 819 mangsa daripada 301 keluarga yang berlindung di lima PPS. Lahad Datu pula mencatatkan 520 mangsa daripada 140 keluarga. Semua penduduk yang terjejas ditempatkan di dua PPS.

“Di Tongod, mangsa terjejas seramai 155 orang daripada 41 keluarga yang berada di dua PPS. Beaufort dan Paitan masing-masing 110 dan 47 mangsa.

“Semua mangsa banjir itu kekal berada di satu PPS setiap daerah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN