Saudara Pengarang, HUJAN lebat dan berterusan merupakan antara kebimbangan besar buat saya dan keluarga yang tinggal di sebuah kampung yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Sungai Golok dekat Rantau Panjang, Kelantan. Keadaan itu tambah menakutkan apabila masuk musim tengkujuh bermula hujung November kerana hujan yang lebat selama tiga hingga empat hari berturut-turut sehingga menyebabkan limpahan air Sungai Golok yang menjadi petanda banjir akan berlaku di Rantau Panjang. Meskipun sudah berdepan banjir sejak kecil, situasi bah yang melanda akibat limpahan Sungai……