fbpx
HUSNA pasang impian untuk menyambung pengajian di luar negara.

Husna ringan tulang, suka cari rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Memilih prinsip untuk tidak membebankan ibu bapa, Nur Syafiqah Husna Zainul Arshad, 25, tekad mengambil keputusan untuk bekerja dan mencari duit sendiri bagi menyara pengajian­nya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Malah pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurute­raan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian ini merancang untuk menyambung pengajian sehingga ke Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PDH) di luar negara hasil daripada pekerjaan dalam industri perubatan.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis manis yang lebih manja dengan panggilan Husna ini menceritakan mengenai diri, rancangan serta pandangannya mengenai isu generasi muda masa kini.

KOSMO! AHAD: Boleh ceritakan mengenai diri anda?

HUSNA: Saya berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak bongsu. Saya mula mendapat pendidikan tinggi di UTHM dengan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia. Selain itu, saya pernah menerima Anugerah Tan Sri Dato Paduka Hajjah Aishah Ghani pada tahun 2022.

Kini, saya berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dan turut dianugerahkan sebagai penerima Anugerah DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang).

Bagaimana anda mengejar sesuatu yang diimpikan?

Saya seorang yang bekerja keras dan susah untuk berputus asa, sentiasa cuba sedaya upaya mendapatkan keputusan yang cemerlang serta mele­takkan sasaran untuk dicapai dan akan memastikan usaha itu berjalan lancar.

Apakah perkara yang membuatkan anda gembira atau sebaliknya?

Saya akan gembira apabila semua perkara berjalan lancar dan mencapai apa yang diinginkan, namun jika sebaliknya ia akan memberi sedikit ke­kecewaan. Apa­pun, saya akan cuba be­tulkan keadaan agar impian itu dapat dicapai.

Bagaimana mem­bahagikan masa antara kerja dan belajar?

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya bekerja separuh masa sebagai pembantu jualan di sebuah kedai sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda. Saya tidak berhenti bekerja walaupun sudah meneruskan pengajian kerana ketika itu, pengajian dijalankan secara online. Saya hanya berhenti apabila perlu pulang ke kampus, namun selepas latihan industri saya diserap masuk di sebuah syarikat industri perubatan di Pulau Pinang.

Apa yang membuatkan anda bekerja sambilan?

Kedua-dua ibu bapa saya sudah tidak be­kerja dan saya ingin membantu keluarga dan juga mencari duit untuk diri sendiri supaya tidak bebankan mereka. Semasa PKP, banyak ekonomi me­rundum dan saya akui saya perlu mencari duit lebih untuk membayar yuran pengajian sebelum dapat biasiswa JPA.

Apakah rancangan anda untuk 10 tahun akan datang?

Saya merancang untuk sambung pengajian hingga Ijazah Sarjana dan PhD di luar negara. Saya juga berhasrat melibatkan diri dengan program belia supaya dapat memberikan sokongan dan semangat kepada mereka.

Apa pandangan anda tentang graduan yang meletakkan gaji tinggi ketika mula bekerja?

Saya setuju untuk pelajar meletakkan had permulaan gaji, tetapi kita perlu pastikan dan melakukan kajian tentang jawatan yang dimohon dan gaji permulaan yang ditawarkan.
Graduan juga perlu cakna akan gaji permulaan yang diumumkan atau dimaklumkan kerajaan. Bagi saya, pengalaman pekerjaan yang pertama amatlah penting terutama untuk menimba lebih pengalaman baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN