fbpx

Keputusan tak terus semakan Pulau Batu Puteh dibuat sendiri Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh dibuat sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada 21 Mei 2018.

Menerusi kenyataan bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mendakwa ia dilakukan Dr. Mahathir secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri.

Katanya, perkara tersebut turut dimaklumkan kepada Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan.

“Selang dua hari kemudian, setelah keputusan dibuat, barulah Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet.

“Ingin kami tekankan di sini, ianya hanyalah “pemakluman” di bawah agenda “hal-hal lain” dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan.

“Oleh demikian, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia telah dibuat secara bertulis oleh Dr. Mahathir,” katanya.

Berdasarkan kenyataan bersama, ketiga-tiga pemimpin tersebut turut menegaskan bahawa mereka yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini.

“Sebagai negarawan, kami berpandangan Tun Dr Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terlibat,” jelasnya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir menyatakan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 yang turut dihadiri oleh Dr. Wan Azizah, Mohamad dan Siew Fook selaku anggota kabinet.

Media turut melaporkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr. Mahathir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI