“BELI rumah dulu, baru kereta.” Itu nasihat yang sering dipesankan orang-orang lama kepada anak-anak muda. Bagaimanapun, anak-anak muda sekarang lain pula pemikiran mereka, beli kereta dahulu, rumah kemudian pun tidak mengapa. Mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh membeli rumah dan sebahagian pula takut tidak mampu membayar ansuran bulanan. Tetapi sebaliknya mereka mampu pula membeli kereta Honda, Toyota, Mazda dan jenama-jenama terkenal yang nampak gah selain berbelanja besar bagi kepuasan diri. Rela berhabis gaji ubah suai kereta, beli jam berharga ribuan ringgit, pakai……














