fbpx

MB Kedah lepas, bebas satu pertuduhan menghasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini.

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan menghasut berhubung satu ceramah politik tahun lalu.

Bagaimanapun satu lagi pertuduhan menghasut yang dihadapi Muhammad Sanusi kekal dibicarakan.

Berdasarkan dua pertuduhan, Muhammad Sanusi, 50, didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada pukul 11 malam, 11 Julai 2023.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI