fbpx

Mohamed Khaled akan pengerusikan Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kanan) tiba di Melbourne, Australia sempena lawatan kerja rasmi pagi tadi.

PETALING JAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Melbourne, Australia selama dua hari sempena Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-4.

Mohamed Khaled berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles.

“Saya dan TYT Richard Marles seterusnya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi (HLC) bagi MAJDP ke-4 yang melibatkan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan angkatan tentera kedua-dua negara.

“Ia akan membincangkan antara lain, langkah-langkah untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia, baik dari segi bilateral mahupun multilateral, termasuklah dalam soal kesedaran domain maritim dan perkongsian maklumat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine, Melbourne pada pukul 10.50 pagi (waktu tempatan) tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Canberra, Kol. Mahamad Fazli Mat Idris.

Untuk rekod, lawatan tersebut merupakan yang pertama sejak Mohamed Khaled dilantik sebagai Menteri Pertahanan, tahun lalu. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI