fbpx

Anggota terjejas banjir di Kelantan disediakan penginapan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua dari kanan) semasa melawat rumah anggota polis yang terjejas banjir di Taman Sri Bayu, Tumpat hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

TUMPAT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan penginapan sementara kepada anggota pasukan itu yang terjejas teruk dengan gelombang pertama banjir di Kelantan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu bertujuan untuk meringankan beban anggota terlibat selain memberi ruang kepada mereka untuk membersih penempatan selepas ditenggelami banjir.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan fasiliti Pasukan Gerakan Am (PGA) akan digunakan semasa operasi pembersihan dijalankan di rumah mereka.

“Anggota yang menetap di Taman Sri Bayu, di sini merupakan kumpulan yang teruk terjejas apabila kesemuanya mengalami kerugian.

“Seramai 112 warga PDRM termasuk empat pegawai dan seorang kakitangan sokongan menetap di Taman Sri Bayu. Kesemua mereka tidak dapat menyelamat barangan di dalam rumah kerana masing-masing terlibat dengan tugasan menyelamat mangsa banjir semasa bah berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat rumah anggota polis yang terkesan banjir di Taman Sri Bayu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan memberitahu, seramai 469 anggota polis dan keluarga terjejas dengan banjir kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI