PETALING JAYA– Banjir yang melanda kawasan Tumpat, Kelantan baru-baru ini membawa rezeki tidak dijangka apabila penduduk di Taman Sri Bayu berjaya memperoleh banyak ikan patin selepas air surut.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh Wea Selamos, kelihatan suasana di sekitar kawasan Gate 2, Taman Sri Bayu, Tumpat itu dipenuhi dengan penduduk yang membawa joran dan pelbagai peralatan memancing.
Dalam pada itu, semalam ada penduduk yang membuat siaran langsung di TikTok, memaparkan suasana menangkap ikan di kawasan tersebut.
Menurut pengguna TikTok yang berkongsi siaran itu, ikan-ikan patin tersebut dipercayai datang dari arus Sungai Golok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperoleh penduduk Tumpat, serta melihatnya sebagai ‘pelangi selepas hujan’ bagi mereka yang terkesan akibat banjir.
“Alhamdulillah, rezeki musibah itu,” ujar Azly Firdaus.
“Besar ikan yang dapat itu. Musibah banjir ada hikmahnya. Allah gantikan dengan rezeki tak disangka-sangka,” kata Aiman Mazlan. – KOSMO! ONLINE
@wea_selamos_original rezeki ikan patin selepas banjir #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – Wea Selamos Original