fbpx

Hamidin akui sudah lama pendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN mengakui sudah lama memikirkan mengenai keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd. Amin mahu membuka pintu buat pemimpin lain menerajui badan induk sukan No. 1 negara itu selepas enggan pertahankan jawatan pada kongres pemilihan tahun depan.

Hamidin mengakui keputusan untuk tidak pertahankan ‘kerusi panas’ itu sudah dipendam lama sebelum pengesahan rasmi hanya dibuat selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM semalam.

Kata Hamidin, desakan penyokong bukanlah faktor utama keputusan itu dibuat sebaliknya lebih kepada memberi ruang kepada individu lain untuk membawa FAM ke mercu kejayaan pada masa akan datang.

“Sebenarnya saya tidak mahu jawab secara berlebihan, tapi lepas berbincang dengan keluarga, saya rasa lebih baik saya tidak pertahankan kedudukan pada kongres akan datang.

“Tiada apa yang pelik dan adalah normal kerana pemimpin datang dan pergi. Saya percaya ada individu yang boleh bawa FAM lebih jauh lagi.

“Apa yang penting, keputusan ini (tiada kaitan dengan desakan penyokong) kerana mereka ada hak untuk kritik. Namun, saya dah fikirkan bukan sekarang (sudah lama) dan saya juga tidak mahu umumkan secara last minute,” katanya.

Spekulasi Hamidin tidak bertanding pada kongres pemilihan FAM pada 15 Februari depan telah bertiup kencang sejak bulan lalu selepas terpalit dengan pelbagai isu kontroversi sepanjang tahun ini.

Antaranya adalah isu ‘surat layang’ yang diterima badan induk itu pada awal tahun dengan pelbagai dakwaan dilemparkan oleh individu tidak dikenali.

Selain itu, Hamidin turut menerima tamparan hebat selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Hamidin dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ekoran hukuman yang dikenakan ke atas Selangor FC sebelum ini.

Namun, Hamidin turut memainkan peranan penting dalam perkasakan skuad Harimau Malaya yang kini menduduki ranking ke-132 dunia selain layak ke pentas Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI