fbpx

ACL 2: Selangor FC terpaksa lupakan saingan lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar (depan) cuba mengekang pergerakan pemain Dynamic Herb Cebu FC pada aksi ACL 2 di Stadium Rizal Memorial, sebentar tadi. - AFC

KUALA LUMPUR – Selangor FC menoktahkan cabaran di Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) dengan nota kemenangan besar 4-0 ke atas Dynamic Herb Cebu FC di Stadium Rizal Memorial, sebentar tadi.

Bagaimanapun tiga mata itu tidak beri makna besar apabila Red Giants terpaksa merelakan pencabar terdekat, Muangthong United mengiring Jeonbuk Hyundai ke pusingan kalah mati.

Selepas harungi enam perlawanan Kumpulan H, Red Giants yang menang tiga kali sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 10 mata, hanya dipisahkan satu mata berbanding Muangthong United di tempat kedua.

Kegagalan untuk lepasi peringkat kumpulan kali ini menjadi kekecewaan kedua buat Selangor FC selepas turut tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.

Seperti dijangka, Selangor FC muncul pasukan yang lebih baik apabila menguasai permainan di babak pertama namun sering dikecewakan oleh penyudah tumpul.

Bagaimanapun, Red Giants melangkah ke bilik persalinan dengan perasaan lega apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Yohandry Orozco pada minit ke-44.

Selangor FC memerlukan kurang tiga minit di babak kedua untuk menambah jaringan, sekali lagi menerusi sentuhan Orozco dan minit ke-57, giliran Nooa Laine mencipta nama selaku penjaring.

Sebaik memasuki minit ke-79, anak buah Katsuhito Kinoshi memastikan kemenangan bergaya apabila memperoleh gol keempat menerusi Alvin Fortes.

Undian pusingan kalah mati ACL 2 akan diadakan pada 12 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI