fbpx

Sudahlah melawan arah, pecut laju pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan bergerak dengan laju dari arah bertentangan di Lebuh Raya M1. - Foto 9News

GOLD COAST, Australia – Seorang lelaki memandu sebuah kenderaan secara laju sambil melawan arah di Lebuh Raya M1, Gold Coast, Australia, lapor laman berita 9News semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu-pemandu lain yang melalui jalan berkenaan terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan tersebut.

Polis kemudian bertindak dengan menghalang laluan ke utara selepas berpuluh-puluh panggilan kecemasan diterima daripada orang awam.

Kehadiran beberapa buah kereta polis bagaimanapun menyebabkan kenderaan tersebut berpatah balik. 

Seorang pemandu berusia 40-an kemudian diarah keluar dari kenderaan yang dikerumuni oleh anggota-anggota polis sebelum dia ditahan berhampiran Pimpama.

Lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk penilaian kesihatan sebelum disoal siasat oleh polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI