fbpx

Raja Arab Saudi minta rakyat solat minta hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Gurun Al-Ula, Madinah. - Foto AFP

RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud meminta rakyat menunaikan solat sunat untuk memohon hujan selepas hujan tidak turun dan kemarau melanda negara berkenaan, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Raja Salman menyeru umat Islam melakukan solat al-Istisqa dengan solat berkenaan dilaksanakan semalam. Solat tersebut pada kebiasaannya bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan.

Gesaan itu dibuat walaupun Arab Saudi menyaksikan  salji turun di padang pasir semasa ribut hujan batu yang aneh di landskap yang lazimnya gersang awal bulan ini. 

Hujan batu sebesar bola golf berlaku di utara Arab Saudi, Al Jawf,  manakala hujan lebat berlaku  di bahagian timur.

Bagaimanapun, tiada hujan di bahagian-bahagian lain di negara itu yang mempunyai saiz kira-kira lapan kali ganda lebih besar daripada negara United Kingdom (UK).

“Kami memohon kepada Allah Yang Maha Perkasa supaya mengasihani Bumi dan manusia, mengabulkan permohonan hamba-hambanya  dan menjadikan apa yang diturunkan-Nya (hujan) sebagai rahmat buat mereka,” kata kenyataan Mahkamah Diraja . 

Solat itu juga untuk meminta supaya orang Islam memohon ampun dan bertaubat. Akhbar The Mirror sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengambil langkah untuk mengurangkan kawasan padang pasir dengan menggunakan dron dalam operasi pembenihan awam.

Walaupun Arab Saudi mengalami cuaca melebihi 40 darjah Celsius pada musim panas dan lebih 20 Celsius semasa musim sejuk, terdapat kejadian ribu salji melanda negara itu.

Dalam tahun 2021, suhu di Arab Saudi menjunam kepada -2 Celsius. Ia adalah pertama kali dalam tempoh hampir 50 tahun suhu di negara itu jatuh di bawah paras beku. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI