fbpx
Sebahagian peserta dan ahli keluarga yang hadir sempena Majlis Penutup Self Empowerment Level Training ke 33 di Cinta Manis Eco Resort, Bentong kelmarin.

‘Kawan saya kena bunuh, saya sempat lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – “Kawan saya sendiri dibunuh sebab kami curi dadah daripada tokan lain disebabkan mahu mendapatkan duit bagi melepaskan gian.”

Itu kata Zack (nama samaran), 43, ketika menceritakan episod hitam bergelar penagih dan juga pengedar dadah yang sukar dilupakan dalam lipatan sejarah hidupnya.

Katanya, dia mula berjinak-jinak mengambil dadah pada usia 18 tahun selain turut terlibat dengan jenayah lain seperti gengsterisme dan along.

“Sekitar tahun 2015, kami pernah curi dadah daripada to­kan lain. Akhirnya kami ‘kantoi’, kawan sendiri kena bunuh, manakala saya sempat lari dari tempat kejadian.

“Itu perkara paling susah untuk saya maafkan diri sendiri, hanya disebabkan dadah, nyawa kawan saya melayang,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Penutup Self Empowerment ­Level Training ke-33 di Cinta Manis Eco Resort di sini kelmarin.

Zack yang sudah pulih sepenuhnya daripada penagihan dadah hasil bantuan serta sokongan dari Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) kini mampu tersenyum bangga dengan bisnes kedai makan yang diusahakan bersama keluarga.

“Sebelum ini pengalaman saya nak berhenti daripada dadah tak pernah berjaya, sudah pernah cuba tetapi hanya bertahan dalam dua minggu, lepas itu saya akan hisap dadah semula.

“Proses itu berulang bertahun-tahun, malah pernah dimasukkan ke pusat pemulihan sebanyak lima kali sehinggalah sampai saya jumpa Pengasih.

“Apabila duduk dalam Penga­sih, saya nampak pendekatan yang digunakan berbeza dan mereka ada sentuhan yang tersendiri untuk penagih macam saya bebas dari dadah,” ujarnya.

Seorang lagi peserta yang ingin dikenali sebagai Sam, 24, pula bersyukur dapat mengikuti program berkenaan yang kini me­ngubah hidupnya.

“Saya menghisap dadah sejak empat tahun lepas, awalnya sekadar ingin mencuba tapi lama kelamaan saya menjadi ketagih dan dos dadah yang saya perlukan semakin tinggi.

“Dengan bantuan dan soko­ngan dari keluarga saya masuk ke Pengasih bagi membantu merawat masalah ketagihan. Dekat sini saya nampak dadah ini boleh berhenti sebab di Pengasih ramai jadi contoh dan ‘role model’ untuk saya berhenti dari ketagihan,” katanya.

Bagi Din, 29, yang berasal dari Kedah berkata, dia terjerumus dengan najis dadah ketika zaman persekolahan kerana terikut de­ngan kawan-kawan.

“Masa menagih dahulu, saya tidak mampu nak kawal sampai emosi pun tak stabil, lepas itu saya terlibat dengan jenayah lain termasuk mencuri. Saya juga pernah ditahan polis dan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan.

“Alhamdulillah berkat sokongan keluarga, saya berjaya bebas dadah sejak tiga tahun lalu. Pengasih banyak membantu termasuk mengadakan pelbagai aktiviti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN