fbpx
Anggota tentera membantu membersihkan kawasan rumah penduduk yang diselaputi lumpur di Felda Kechau 1 di Lipis semalam.

Ia macam mimpi ngeri – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Kebanyakan mangsa banjir di Felda Kechau 1 di sini gagal menyelamatkan harta mereka apabila air naik begitu cepat dengan membawa lumpur yang didakwa datang entah dari mana.

Wan, 50-an berkata, dia masih terkejut dengan kejadian pada malam kelmarin di tanah rancangan itu dengan ada dakwaan mengatakan ia berpunca akibat kolam takungan di kawasan berhampiran pecah.

Katanya, lebih mengejutkan apabila kayu dan puing balak turut hanyut dalam sungai.

“Ia macam mimpi ngeri. Air naik terlalu pantas dalam beberapa minit hingga tak sempat alihkan barang.

“Selain hujan, kolam taku­ngan pecah menjadi punca banjir,” katanya yang masih mencuci rumah akibat lumpur.

Seorang lagi peneroka, Nor, 60-an berkata, lumpur itu terlalu tebal di permukaan jalan dan rumah penduduk.

“Saya rugi besar ekoran semua peralatan musnah. Sekitar 1996 memang ada banjir dan paras air tinggi tetapi lumpur tidak setebal ini.

“Tak dapat hendak bayangkan perasaan sedih ini kerana semua musnah sekelip mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN