fbpx

Inspektor Sheila lepas, bebas satu pertuduhan hina lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor Sheila

SELAYANG – Pegawai polis tular Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini pertuduhan menghina kesopanan seorang lelaki tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam M.Manoharan ketika dihubungi ketika prosiding hari pertama perbicaraan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Menurut peguam itu, anak guamnya dilepas dan dibebaskan selepas mangsa dalam pertuduhan itu memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes terhadap Sheila Sharon.

“Perbicaraan kes sepatutnya dijadualkan bermula hari ini, namun mangsa tidak mahu meneruskan prosiding. Majistret kemudiannya membebaskan anak guam dan dia sangat gembira dengan keputusan itu,” katanya.

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Azmal.

Pada 26 Jun tahun lalu, Sheila Sharon, 36, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menghina kesopanan P.Taneswaran, 41, dengan berkata, “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu”.

Kesalahan didakwa dilakukan di Taman Sri Gombak di sini pukul 1 petang pada 15 Jun 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Meskipun dilepas dan dibebaskan Inspektor Sheila masih berdepan dua lagi kes iaitu mengugut seorang wanita berusia 70 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa pada pukul 12 tengah hari, pada tarikh dan lokasi serupa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi satu lagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebut pangkat polis dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya, di lokasi sama pada pukul 1.25 petang pada 15 Jun tahun lepas, dan dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI