fbpx
Abus mengecas telefon pintar di rumahnya menggunakan tenaga solar yang diberikan pihak Petronas di Kampung Gob, Pos Gob, Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

1,000 penduduk bergelap setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Gob di sini memohon pihak berwajib menambah bilangan panel lampu solar bagi meningkatkan tahap keselamatan dan menerangi kawasan rumah mereka pada waktu malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Gob, Adi Liman berkata, hampir 1,000 penduduk di 16 buah kampung di Pos Gob di sini tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya bergantung kepada cahaya lilin serta lampu solar.

Katanya, hanya dua buah kampung iaitu Kampung Gob dan Kampung Kacheng menerima bantuan sistem solar daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Petronas sejak beberapa tahun lalu.

“Masih ramai keluarga Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman belum mendapat panel solar dan terpaksa tinggal bergelap.

“Setahu saya hanya dua kampung yang menerima bantuan solar untuk kegunaan di rumah daripada NGO malah banyak kampung lain masih tidak dapat panel solar yang berfungsi menghidupkan lampu dan mengecas telefon pintar,” katanya.

Seorang penduduk Kampung Gob, Abus Kenton, 46, berkata, panel solar sangat penting untuk masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman.

Katanya, dia berharap agar lebih banyak panel solar dibekalkan kepada penduduk Orang Asli di Pos Gob kerana amat penting untuk penduduk Orang Asli menjana tenaga elektrik.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, pihaknya melihat keperluan panel atau lampu solar di kawasan Pos Gob dan akan mengemukakan permohonan penduduk kepada pihak

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Ujarnya, Jakoa akan bekerjasama dengan syarikat atau NGO yang menyediakan perkhidmatan sistem solar ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN